Oleh
Mohd Faizul Md Yasin
Diterbitkan pada 13 Mac 2025, 11:21
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangGemuruh prahara
melewati kebiruan segara
hamparan secebis hati
saksi denyut nadi.
Laungan srikandi
mencurahi azimat sakti
nyanyian suara gelora
telus pasak maya.
Akan kugegar samudera ini
keluruhan senja meniti
dan sejauh gentar merempuh duri.
Akan kuputus tautan hujan
menggelora pelayaran
terserak buih-buih mengombak rawan.
Silau membelah lentera
menyuluhi suar yang kubawa
harungan menjadi terdalam hiba.
Gelora samudera menenggelami
mampukah bertahan sanubari?
Semusim gelora — mereda.