Oleh
Maslan Naman
Diterbitkan pada 27 Januari 2025, 12:13
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKapal hasrat terus berlayar
Merentas ranjau samudera sengsara
Ditampar badai dilambung ombak derita
Tetapi teguh dengan kompas kehidupan
Agar tak karam di makam nan biru
Kini,
Kapal itu bersandar di pelabuhan rindu
Bersama gelora cinta tak terkata
Membawa harta yang ditunggu