Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangBangi – Sidang Kemuncak Penulis Malaysia dan Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2024 akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini.
Menerusi satu daripada sesi pada hari pertama perhimpunan ini membincangkan isu berkaitan Mencipta Jagatraya Karya: Manipulasi dalam Era Digital.
Dapat difahami bahawa pada masa kini, sesebuah karya boleh sampai kepada pembaca merentas negara dan tidak terhad pada geografi setempat sahaja.

Editor Dewan Sastera, Muhammad Fadhli Al-Akiti berpendapat bahawa Malaysia masih belum mempunyai pangkalan data raya sastera yang sistematik.
Data sastera kita berselerak, jika hendak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura.
Fadhli turut mendedahkan bahawa kesan terbesar yang dialami pada era digital ini adalah pembelian naskhah fizikal yang jatuh merudum nilainya.
Hal ini kerana, kuasa pelantar digital yang lebih mudah dan pantas menjadikan masyarakat lebih memilih untuk membeli bahan bacaan mereka di pelantar digital berbanding fizikal.
Perhimpunan Penulis Muda Nasional 2024 yang berlangsung pada hari ini turut dihadiri oleh mahasiswa dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pelajar dari Sekolah Seri Putri.