Oleh Hanim Musa
Diterbitkan pada 18 Disember 2024, 11:44

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Aku bukan banduan

dipagari jeriji halimunan mengapi diri

yang bakal membelenggu gerak-geri

takut akan bayang-bayang sendiri

aku warga bebas

jiwaku lepas daripada genggaman yang menakutkan

punyai teras jati diri teguh terbenam tanpa goyah

menjunjung Tuhan di atas kepala

meletakkan kesetiaan kepada raja dan negara di dada

merasuk busana kesopanan dan kesusilaan pada jiwa dan raga

jiwaku merdeka tanpa cela

tidak akan dibiarkan tercemar

dek sentuhan tangan kotor

yang gemar menjajah pelusuk jiwa dan minda.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi