Diterbitkan pada 17 Disember 2024, 11:37
Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKain orang diselak,
Kelangkang sendiri terpampang di khalayak
Jelek orang kau sebar,
Pekung sendiri penuh onar.
Cerminannya,
Ketam mengajar anaknya lurus berjalan
Ikan mengajar adiknya terbang,
Burung mengajar saudaranya berenang,
Lalat dalam gelap waktu malam kau nampak,
Bangkai badak ditatap kelopak kau pijak henyak.
Apa mahumu?
Menjaja aib manusia.
Adakah kau mendapat laba?
Daripada kau menebas rumput di hutan,
Lebih molek kau racik lalang di laman.