Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTaman Melawati – Kanak-kanak tidak terlepas daripada mengikuti Bulan Bahasa Kebangsaan 2025 (BBK) Peringkat Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apabila mereka turut terhibur dengan cerita Balung dan Jati yang disampaikan oleh Kumpulan Bercerita Bayan DBP di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Taman Melawati hari ini.
Cerita Balung dan Jati dibawa oleh Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PSKR) iaitu Ketua Bahagian PSKR, YBrs Mohd Azam Juhari bersama-sama dengan watak “Balung” ialah Wan Mohd Safuan Wan Ahmad @ Wan Hassan dan watak “Jati” ialah Mohd Ikhwan Shaharuddin.

Sebanyak 100 orang kanak-kanak yang mengikuti Program Didik dan Hibur bahkan rata-rata daripada mereka sangat terhibur dengan watak-watak yang dibawa oleh bahagian PSKR. Watak seperti rusa, kambing, kerbau, ayam jantan dan musang melalui boneka tangan yang dilakonkan oleh kakitangan Bahagian PSKR.

Wan Mohd Safuan Wan Ahmad @ Wan Hassan menceritakan “Balung” ialah seekor ayam jantan yang suka berkokok dan merasakan kokokannya merdu. Begitu juga dengan seekor ayam jantan yang bernama “Jati”. Kawan-kawan “Balung” marah dan mengizinkan “Balung” berkokok dibimbangi kokokanya didengari oleh musuh iaitu musang. Jadi “Balung” berjumpa dengan musang.
“Rentetan itu musang menyuruh Balung berkokok di telinganya, perasaan yang tidak tahan lapar lalu musang mengejar Balung. Akhirnya kerbau, kambing, dan rusa mula marah dengan “Balung” yang membuatkan kumpulan mereka menjadi mangsa kepada musang.
“Pengajaran yang boleh dipelajari adalah kita jangan sombong dan harus mendengar nasihat orang. Di sini kami main dengan watak-watak boneka tangan supaya kanak-kanak suka dan terhibur,” kata Wan Mohd Safuan yang memegang watak “Balung”.
