Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKangar – Persatuan Penulis Perlis (3P) telah mengadakan program Kopi Puisi Merdeka dan pelancaran buku Anekdot di Sebalik Panorama yang bertempat di Studio SMC Perlis. Program ini diadakan bersempena dengan bulan kebangsaan.
Pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Ketua 1 (3P), Profesor Madya Dr. Nor Hasimah Ismail. Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa buku Anekdot di Sebalik Panorama ini merupakan kesinambungan dari Bengkel Penulisan Anekdot yang pernah dianjurkan oleh 3P sebelum ini.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) kerana sentiasa menyokong dan membantu persatuan penulis dalam usaha untuk melahirkan penulis baharu.

Buku ini menghimpunkan karya daripada 27 penulis baharu dan penulis berpengalaman. Dengan terbitnya buku ini, maka para penulis baharu ini diharapkan terus mengorak langkah menulis dan bukan sekadar angan-angan sahaja
Selain itu, pada majlis tersebut juga diadakan sesi bacaan anekdot yang terdapat dalam buku tersebut oleh beberapa orang penulis. Majlis diserikan lagi dengan persembahan bacaan sajak dan nyanyian lagu kemerdekaan oleh ahli Persatuan Penulis Perlis.