Diterbitkan pada 4 Mei 2025, 12:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang
Hokusai, The Great Wave Off Kanagawa, Cetakan Blok Kayu, 1831.

Kuala Lumpur – Chetak 17 merupakan sebuah ruang seni yang memberikan tumpuan kepada seni cetakan, kini membuka peluang kepada para seniman dan komuniti untuk menyertai Panggilan Terbuka Chetak 17 ‘25. Inisiatif ini menggalakkan pengkarya menghantar hasil karya cetakan mereka sebelum atau pada 30 Jun 2025.

Pameran ini terbuka kepada semua tanpa mengira umur dan latar belakang, serta menerima pelbagai teknik cetakan. Karya-karya yang diterima akan dipamerkan pada Julai 2025 di ruang seni Chetak 17 yang terletak di Taman Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Ahli Kolektif Chetak 17 bersama-sama peserta bengkel cetakan.

Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu karya sahaja. Tema dan saiz adalah bebas, namun karya yang dihasilkan mestilah karya yang dihasilkan dalam tempoh tahun 2023 hingga 2025, serta mempunyai edisi cetakan (bukan cetakan mono). Medium cetakan yang diterima antaranya termasuklah torehan lino, torehan kayu, ukiran, sutera saring, kolograf, goresan, akuatin dan tetra pak.

Karya lengkap boleh dihantar melalui e-mel, [email protected] dengan subjek “Chetak17 Open ‘25” berserta nama artis untuk tujuan penilaian dan penyusunan.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses penyertaan dan syarat penghantaran, sila layari laman sesawang dan akaun media sosial rasmi Chetak 17, atau hubungi talian 016-372 2154.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi