Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSelangor – Penganjuran Sayembara Hadiah Puisi T. Alias Taib 2.0 yang diadakan secara tahunan oleh Tukang Puisi dan KataPilar terus menunjukkan impak yang signifikan dalam perkembangan dunia sastera tempatan.
Lebih daripada 150 manuskrip yang diterima pada peringkat awal telah disaring, dan kini pihak penganjur akan menyaring sebanyak 79 manuskrip yang bakal berjaya mara ke peringkat seterusnya.
Melalui fasa ini, barisan juri akan menilai karya yang mempunyai ketulenan idea serta kualiti yang tinggi. Manuskrip yang dipilih juga akan dinilai berdasarkan penguasaan penulis terhadap genre yang ditulis dengan keseimbangan antara teknik, penggunaan bahasa dan unsur sastera yang mampu menyampaikan makna serta emosi dengan berkesan.
Manuskrip yang terpilih di peringkat ini perlu memenuhi kriteria yang setara dengan tahap penerbitan yang diiktiraf. Sayembara Hadiah Puisi T. Alias Taib 2.0 ini dilihat sebagai satu peluang keemasan bagi para penulis untuk menguji kemampuan mereka dalam menghasilkan karya bermutu melalui platform yang disediakan oleh KataPilar.
Menurut pihak penganjur, keputusan bagi senarai pendek dan pengumuman pemenang sayembara ini akan dibuat dalam masa terdekat.
“Insya-Allah, selepas Hari Raya Aidil Fitri, kami akan mengumumkan senarai pendek dan pemenang yang dijangka akan diumumkan pada awal Mei 2025 (masih dalam perancangan),” kata mereka.
Pihak penganjur dan urus setia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua karya yang terpilih dan kepada mereka yang tidak berjaya, diingatkan bahawa masih terdapat ruang untuk penambahbaikan pada masa hadapan.
Senarai panjang Sayembara Hadiah T. Alias Taib 2.0