3 Januari 2025, 12:13

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuantan – Majlis Sayembara dan Kultus melalui kerjasama Pasar Sera dan Perhimpunan Kopi yang mengumpulkan penjual produk makanan dan kopi dari serata Malaysia telah menganjurkan program Akustika di Kaki Menara  bertempat di laman Menara Kuantan 188. Penganjuran program ini membolehkan masyarakat mendengar alunan puisi dan muzik.

Acara Akustika di Kaki Menara Kuantan 188 berlangsung dengan santai dan menghiburkan.

Sebagai sebuah program yang ingin mengekalkan kerelevanan puisi dan muzik agar tidak nampak kelihatan canggung dalam apa-apa acara bersifat arus perdana, maka program Akustika di Kaki Menara ini berlangsung dengan gaya yang santai dan menghiburkan para pengunjung.

Selaku pengendali program, Wan Zamzahidi Wan Zahid berkata bahawa puisi di tangan penggiat seni ialah seni dan bukan alat untuk mencari publisiti atau dibuat seperti hak sendiri. Beliau berpendapat bahawa penganjuran program seni tidak perlu dengan kehadiran tetamu kehormat (VIP) dengan etika pakaian yang formal, tetapi sudah memadai jika penganjurannya menghiburkan. Jelasnya,

Kita boleh berpuisi di mana-mana sahaja tanpa perlu menunggu acara diadakan dalam dewan tertutup dan majlis rasmi.

Akustika di Kaki Menara turut menampilkan barisan penggiat puisi, sastera dan muzik antaranya termasuklah Nourul Ibrahim, Addy Haikal, Pok Su, Wan Zamzahidi, The Sintitaizer, Wan Hanif Wan Hamid, Amirull Afiqq, Victor, Hakim Yusoff, Amir, Adri, Daniey, Cikgu Zainal, Melvyn dan KheyriEzani dengan persembahan tarian khas yang menyerikan acara.

Suasan sekitar acara Akustika di Kaki Menara yang menampilkan persembahan daripada pemuisi dan pemuzik daripada semua peringkat umur.

Kegiatan bacaan puisi di tempat awam dengan pelibatan khalayak umum tanpa mengira usia, bangsa dan agama seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi sebagai satu daripada usaha murni dalam memartabatkan sastera di Malaysia.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.