Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangPutrajaya – Festival Idea Putrajaya (PFOI) pada tahun ini membuka tirainya dengan konsep “Putrajaya sebagai Bandar Lubuk Idea (The City of Ideas)” yang mencetuskan idea baharu melalui ruang dan peluang yang dibuka kepada pengunjung.
PFOI pada hari pertama penganjurannya telah melangsungkan sebuah forum berkaitan dengan sejarah perkembangan dan kebergantungan manusia pada idea yang disampaikan oleh Prof. Dato’ Dr. Ahmad Murad Merican.
Melalui forum pertama yang berlangsung pada 27 November lalu, Dr. Ahmad Murad Merican berkata, perbincangan idea yang berlaku antara para sarjana perlu ada keberanian untuk melihat sisi yang lebih baharu dan luas dalam menangani pelbagai risiko yang bakal berlaku.
Sementara itu, program Bank Idea (ideavault) turut dilancarkan pada hari yang sama bersempena dengan penganjuran PFOI yang bakal menjadi pelantar untuk masyarakat berkongsi idea khususnya buat perkembangan Malaysia MADANI.
Penganjuran program ini bertujuan untuk mengumpulkan 100,000 idea inovatif daripada rakyat Malaysia yang melibatkan semua golongan masyarakat antaranya termasuklah, pelajar sekolah, universiti, komuniti, penjawat awam dan sektor swasta untuk menghasilkan penyelesaian praktikal, realistik dan berimpak dalam menangani cabaran negara.
Sebanyak 15 hadiah utama turut disediakan untuk pemenang pertandingan ideavault yang bernilai RM2000 bagi penerima johan, RM1000 bagi tempat kedua dan RM500 bagi penerima tempat ketiga berserta trofi dan sijil penyertaan.
Sebatang maklumat lanjut berkaitan penyertaan boleh layari Putrajaya folio atau lama IdeaVault.