Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangLangkawi – Pusat Pengajian Pascasiswazah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan My Symposium on Practice as Research (MySPaR) 2024, yang dijadualkan bermula pada 4 hingga 7 Disember bertempat di Wings by Croske Resort dan Balai Seni Negara, Langkawi.
Program istimewa ASWARA yang bertemakan “Artistic Processes: From Concept to Creation” pada kali ini lebih berfokuskan tiga elemen utama iaitu seni digital dan media baharu, warisan budaya dan seni, serta kontemporari seni dan pelibatan sosial sebagai panduan kajian ahli akademik serta penggiat seni di Malaysia.
Pengarah MySPaR 2024, Dr Wong Oi Min berkongsi terdapat sebanyak 150 orang yang terlibat antaranya termasuklah para penyelidik, pengamal akademik dan pembentang yang ternama seperti Prof. Madya Shei Chau Wang dari School of Arts and Design, pelakon teater dan pengarah filem tanah air, YBhg. Dato’ Zahim Albakri serta koreografer dan pengarah artistik, Mrs Lau Beh Chin.
Simposium MySPaR yang bermula sebagai pelantar penyumbangan kajian pada tahun 2022, kini mula bergerak progresif dan berkembang menjadi sebuah simposium antarabangsa yang dibuka bagi pelibatan umum.
Sebarang maklumat lanjut mengenai MySPaR 2024, boleh hubungi pihak MySPaR secara talian terus melalui 03-27786059.