Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Chetak 17 mempersembahkan Pameran Solo Merintis Bahang oleh Fuad Pathil, seniman yang sentiasa konsisten selama 20 tahun dalam menyemarakkan industri seni cetak tempatan.
Melalui pameran yang berlangsung pada 10 November hingga 7 Disember ini, Fuad Pathil dilihat memilih untuk memaparkan sisi pahit getir kehidupannya sebagai satu daripada ahli pasukan bomba dalam pameran Merintis Bahang bertempat di Chetak 17, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Kata Fuad,
Karya ini adalah refleksi diri setelah bertahun-tahun saya berkhidmat dalam pasukan bomba. Apa-apa yang saya lalui dan rasai selama berkhidmat merupakan sebuah pengalaman yang ingin saya kongsi kepada umum melalui karya seni cetakan.
Pengasas bersama Chetak 17, Faizal Suhif berkongsi, karya yang dipamerkan ini memperlihatkan kepakaran Fuad dalam menangani teknik penghasilan ukiran (engraving) pada setiap blok dengan pendekatan yang teliti terhadap subjek figura yang digarap melalui imaginasi dan gambar.
Pameran Merintis Bahang merupakan pelantar yang disediakan oleh Chetak 17 sebagai satu ruang dan peluang kepada artis (pelukis) untuk memenuhi keperluan mereka bagi mengekspresikan kreativiti dan bahang pengalaman kepada umum.
Karya yang di pamerkan melalui penggunaan warna merah dan hitam sebagai warna utamanya menjadi satu daripada daya penarik, sementara subjek semi abstrak yang di paparkan berjaya menonjolkan keindahan dalam kekacauan karya.