Diterbitkan pada 15 November 2024, 09:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tanjong Malim – Pentas Tinta Pesona, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi satu daripada pelantar bagi mahasiswa mempamerkan bakat lakonan melalui enam naskhah dalam Director’s Showcase.

Pementasan teater ini berjaya meraih tumpuan yang hangat apabila kemasukan bagi setiap tontonan pementasan adalah secara percuma.

Janji Setia arahan, olahan dan terjemahan semula oleh A. Aziz berkisar tentang suami yang tidak pulang ke rumah saban tahun, namun si isteri setia menanti kehadirannya pada setiap waktu senja tanpa mengetahui suaminya seorang pembunuh. ‎

Sebuah lagi pementasan  yang berjaya menyuntik kesedaran mahasiswa berkenaan bahana peminjaman wang, berjudul Penjara Fulus menyampaikan kisah tentang seorang wanita yang telah diculik oleh sindiket ceti haram ketika bercuti kerana rakan baiknya mempunyai hutang keliling pinggang, arahan Siti Izzuanita Hanny.

Pementasan ini berjaya dilakonkan oleh Puteri Izhani, Nasrul, Esther, Azeem Haziq, Reezjim, Jaibinsun, Tot, Syakirahuda, Cendolskizzz, Balqis Khai dan Aunitrisyia

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi