Diterbitkan pada 12 November 2024, 10:12

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tanjong Malim – Seminar Pemikiran Sasterawan Negara (SN) S. Othman Kelantan telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2024 bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Melalui seminar pemikiran ini, peserta turut terlibat secara langsung dalam membincangkan pemikiran Sasterawan Negara ke-9 itu melalui karya-karya beliau yang dibentangkan oleh barisan pensyarah UPSI dan universiti lain yang terlibat.

Pelajar yang menghadiri seminar tersebut rata-ratanya tidak pulang dengan tangan kosong` dan kebanyakan daripada mereka mengambil peluang tersebut untuk membeli karya SN S. Othman Kelantan daripada meja jualan DBP.

Novel Perjudian antara karya yang menjadi tumpuan para pelajar untuk mendalaminya dengan lebih mendalam selepas seminar pemikiran itu berakhir.

Seminar ini turut dihadiri pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku perasmi, penulis tanah air dan anak kepada SN S. Othman Kelantan, S.M. Zakir serta pelajar kursus Kesusasteraan Melayu semester 1, semester 3, semester 5, dan semester 7, UPSI.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi