Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangJitra – Muhammad Aiman Farhan Mohd Suhaizat telah memenangi Pertandingan Petah Bicara sempena Festival Bahasa dan Sastera IPG Zon Utara, baru-baru ini.
Beliau yang mewakili Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh, telah berjaya mengalah peserta-peserta IPG yang lain. Naib Johan pula milik Muhammad Azreen Afiq Zulkarnain dari IPG Kampus Tunku Bainun dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurin Amani Noorazli Affendy (IPG Kampus Darulaman).
Festival ini dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu (IPGKDA) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
Timbalan Rektor Kanan IPG, YBhg. Puan Anis Alisya Abdullah telah merasmikan festival tersebut.
Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan sokongan dan harapan agar program seperti ini terus digiatkan melibat semua zon dalam Malaysia.
Beliau menyatakan bahawa program seperti ini mampu memberi impak yang besar dan pengalaman berharga kepada para pelajar.
Bakat para pelajar dicungkil melalui beberapa acara yang telah diadakan, iaitu Ekplorasi Bahasa dan Sastera, diikuti Dendangan Syair, Deklamasi Sajak, Bicara Berirama, Petah Bicara, Nyanyian Lagu Melayu Asli, Pengisahan Tokoh.
Pertandingan Deklamasi Sajak pula milik Mohammad Naufal Asyraf Norman (IPG Kampus Tunku Bainun, Pulau Pinang), Naib Johan, Yamin Hussaini Yusof (IPG Kampus Ipoh, Perak) dan ketiga Muhammad Akram Azizi Azhar (IPG Kampus Darulaman).
Seterusnya Nyanyian Lagu Tradisional Melayu telah dirangkul oleh Adriana Azzara Mohd Rizal (IPG Kampus Perlis), Naib Johan, Nurshahira Abdul Razak (IPG Kampus Perlis) dan tempat ketiga Muhammad Amar Muhaimin Ramli (IPG Kampus Darulaman.

Sementara itu, keputusan Dendangan Syair, Johan diraih oleh Adriana Azzara Mohd Ramli (IPG Kampus Perlis), Naib Johan dimenangi oleh Siti Nur Khairani Noor Hisham (IPG Kampus Darulaman) dan tempat ketiga Muhammad Amar Muhaimin Ramli (IPG Kampus Darulaman).
Bagi pertandingan Bicara Berirama, Johan dimenangi oleh Muhammad Hazran Abu Hassan Azahari (IPGK Darulaman), Naib Johan dimenangi oleh Muhammad Hamizan Mohd Badrulhisham (IPG Kampus Tunku Bainun) dan tempat ketiga Mohamad Aidil Mohd Azuwar (IPG Kampus Darulaman).
Pengisahan Tokoh Baha Zain pula, Johan dirangkul oleh kumpulan Adam, Annurhaqiem dan Najihah (IPG Kampus Darulaman), Naib Johan dimenangi oleh kumpulan Aina, Diyanah dan Fatin (IPG Kampus Darulaman) dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan Hakim, Deeny dan Azrul (IPG Tunku Bainun).
Kembara Bahasa atau Ekplorasi Bahasa Johan dan Naib Johan telah menjadi milik IPG Kampus Darulaman dan tempat ketiga dimenangi oleh IPG Kampus Pulau Pinang.
Encik Armin Azhari Salleh, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, turut sama meraikan majlis penutupan.