Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Pemilik akaun media sosial, iaitu “Ajibazri”, “Muhammad Ikhwan Hakimi”, “Ainina Azman”, Naim Neyzar” dan “Hazim Asyraaf” membawa pulang hadiah berupa bekalan minyak masak SAJI selama setahun.
Hal ini disebabkan mereka telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Pantun Merdeka SAJI anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Delima Oil Productions, semalam.
Kelima-lima pemenang ini telah menghasilkan video pantun yang paling kreatif sekali gus membawa pulang hadiah berupa bekalan minyak masak SAJI selama setahun dan majalah terbitan DBP.
Mereka berjaya menyunting video yang menarik, menghasilkan pantun yang indah bahasanya dan menerapkan unsur hidangan serta perpaduan dalam setiap pantun yang dijawab.
Malah, para pemenang turut dilihat begitu teliti dan bijaksana dalam mencipta pantun, sebagai contoh, peserta menjaga rima tengah dan rima hujung, falsafah dalam pembayang pantun ditetapkan dengan tepat, pemilihan kata yang indah dan bermakna serta bilangan suku kata yang tidak lewah.
Sementara itu, pemenang sagu hati pula menjadi milik “Jkshalini Jayakumar”, “Wan Hanif Wan Hamid”, “Mohamad Abu Hasan”, “Hakimal84”, “Redzwan_Mohd”, “Mayairina Marina”, “Farah Hairul”, “Anis Islam”, “Zaimyusoff” dan “Nur Ifah Idzatul”.
Terdahulu peraduan ini telah berlangsung bermula 26 Ogos 2024 hingga 08 September 2024 yang lalu dan berjaya menarik penyertaan daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia.
Semua penyertaan peserta dinilai berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti setiap penyertaan mestilah dimuat naik di laman media sosial masing-masing.
Diletakkan tanda pagar #PantunSAJIxDBP dan menjawab pantun dengan memasukkan perkataan “SAJI” dalam rangkap pantun tersebut.