Diterbitkan pada 18 September 2024, 14:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Nur Hafizah Shaharom

Kuala Lumpur – Edziani Nabila Saleh menerusi esei bertajuk “Sebuah Perjalanan untuk Dihargai” telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Menulis Esei Erti Kemerdekaan bagi Suri Rumah, bersempena dengan Hari Malaysia, semalam.

Edziani Nabila yang kini menetap di negeri Sabah apabila diwawancara oleh Tunas Cipta, menyatakan bahawa beliau memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana dipilih dan dinobatkan sebagai juara pertandingan.

Sebagai pelopor kepada komuniti Suri Ummah Membaca, beliau tidak lupa untuk menzahirkan penghargaan buat pihak penganjur atas usaha mereka dalam menyediakan ruang dan peluang buat para suri rumah berkarya.

Pertandingan anjuran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR) ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan, di samping untuk mengasah bakat penulisan dalam kalangan suri rumah.

Senarai pemenang yang diumumkan di laman Facebook rasmi Suri Rumah Rahmah.

Menurut seorang daripada juri pertandingan yang juga merupakan seorang penulis, Norsamila Samsuddin, aktiviti penulisan sebegini bukan sahaja dapat mencetuskan semangat patriotik pada bulan kemerdekaan, tetapi juga turut membuka ruang “pelepasan emosi” buat para peserta yang terdiri daripada suri rumah. Ujarnya lagi,

Pertandingan ini seolah-olah membuka satu peluang untuk suara hati mereka didengari.

Sebahagian daripada penulis buku Antologi Wanita Berhati Angkasa ini juga merupakan antara pemenang bagi pertandingan ini.

Buku Antologi Wanita Berhati Angkasa yang berjaya menempatkan beberapa orang penulis sebagai pemenang.

Berikut merupakan senarai pemenang:

  • Johan – Edziani Nabila Saleh, esei “Sebuah Perjalanan untuk Dihargai”.
  • Naib Johan – Nurul Syahida Hassan, esei “Suri yang Merdeka!”.
  • Tempat Ketiga – Nazrah Abdul Aziz, esei “Erti Kemerdekaan bagi Seorang Suri Rumah”.
  • Penerima Sagu hati – Mohd Azmi, (esei “Kebebasan”); Nur Afieqah Roslan, (esei “Erti Kemerdekaan bagi Suri Rumah”); Afifah Husin, (esei “Erti Kemerdekaan bagi Suri Rumah”); Nurul Ain Hussin, (esei “Erti Kemerdekaan bagi Suri Rumah); Engku Nurul Syuhadah Engku Azman, (esei “Peluang Kedua”); Nur Dayana Zakariah, (esei “Erti Kemerdekaan bagi Seorang Suri Rumah”); Nur Aifa Nadhira Adnan, (esei “Erti Kemerdekaan bagi Seorang Suri Rumah”).
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi