12 September 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Elvienie Petrus

Tanjung Malim – Isu penipuan atau scam merupakan jenayah yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat yang menjadikan golongan pensyarah, guru dan wanita sebagai mangsa modus operandi mereka.

Dalam Perhimpunan Bulanan Khas “Jangan Sampai Terciduk” yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Jabatan Bendahari dan Unit Integriti UPSI, semalam, Duta Anti Scam PDRM, ASP (B) Rahmat Fitri dilihat lebih menekankan berkenaan modus operandi penipuan cinta (love scam) dalam talian yang menyasarkan golongan wanita melalui pelantar Instagram dan Facebook.

“Tiada siapa yang kebal daripada menjadi mangsa penipuan oleh scammer di luar sana. Penting bagi masyarakat untuk cakna dengan isu dan keadaan sekeliling agar tidak terjebak dalam apa-apa jua modus yang diguna pakai oleh mereka (scammer) di luar sana,” ujar beliau dengan lebih lanjut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, YBhg. Profesor Dr. Abdul Rahim Razalli dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI, YBhg. Profesor Dr. Suriani Abu Bakar.

Bersempena dengan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September pada setiap tahun, perhimpunan bulanan khas yang dianjurkan oleh pihak UPSI ini bukan sahaja membuka mata masyarakat mengenai ancaman scammer, tetapi juga turut memberikan kesedaran bahawa ancaman ini boleh menimpa sesiapa sahaja.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.