Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangKuala Lumpur – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mencungkil bakat deklamator muda menerusi Pertandingan Deklamasi Sajak Hak Asasi Manusia.
Pertandingan tersebut dianjurkan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATAM) melalui kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan melibatkan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari seluruh Malaysia.
Pertandingan yang bertemakan “Karamah Insaniah Tonggak Penghormatan Hak Asasi Manusia” telah melayakkan sebanyak lima orang peserta ke peringkat akhir bagi setiap kategori. Lima orang peserta akhir terpilih setelah melalui peringkat saringan dalam maya.
Selain itu, pertandingan ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan istilah hak asasi manusia dalam bahasa Melayu melalui konteks sajak selain meningkatkan kefahaman murid tentang hak asasi manusia.
Barisan juri yang terlibat dalam pertandingan deklamasi sajak ini antaranya termasuklah, Pesuruhjaya SUHAKAM, Dato Haji Muhamad Nordin Ibrahim; Naib Pengerusi SUHAKAM, YM Tengku Muhamad Fauzi Tengku Abdul Hamid dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan, Nisah Haron.
Berikut merupakan senarai pemenang:
Kategori Sekolah Rendah
Kategori Sekolah Menengah
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi SUHAKAM, Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunos.
Johan bagi kedua-dua kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM1000, manakala naib johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM800 dan tempat ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM500.