28 Ogos 2024, 18:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tioman – Dalam usaha meningkatkan minat dan menggalakkan lebih ramai penulis muda untuk menceburi bidang penulisan skrip drama pentas, Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) melalui kerjasama Gabungan Persatuan-persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas baru-baru ini bertempat di Salang Indah, Tioman, Pahang.

Bengkel selama dua hari satu malam itu berjaya menarik sebanyak 26 orang peserta dari seluruh negeri Pahang daripada pelbagai peringkat usia dengan keterlibatan dua orang penulis berpengalaman sebagai pembimbing yang turut berkongsi teknik dan kaedah penulisan skrip drama pentas yang baik dan berkesan.

Mantan Dr. Zakaria Ariffin merupakan antara pembimbing yang terlibat dalam Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas dengan pengalaman menulis lebih daripada 25 skrip drama pentas karya asal atau adaptasi seperti Pentas Opera dan Siti Zubaidah, serta 17 skrip drama televisyen karya asal atau adaptasi seperti Pemain Wayang dan Sangeetha.

Pembimbing kedua, mantan pengarah DBP Wilayah Utara dan DBP Cawangan Sarawak, Wahab Hamzah merupakan penulis kolum kritikan filem dalam majalah Dewan Budaya selain pernah turut terlibat sebagai pengarah teater Sungai Mengalir Lesu dan Julia.

Dalam majlis yang sama, Pengarah DBP Wilayah Tengah, Nurul Julia Alani Henry turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian Bengkel Penulisan Skrip Drama Pentas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.