Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangSelangor – Syahira Hozami, Editor IMAN Publication tampil menjawab persoalan masyarakat mengenai syarat sayembara novel IMAN yang menetapkan syarat penyertaan hanya terhad kepada mereka yang berusia 39 tahun ke bawah sahaja.
Ekoran pelbagai pertanyaan yang berlegar dalam kalangan peserta yang ingin menyertai sayembara novel IMAN, pihak IMAN telah menganjurkan satu sesi siaran langsung sembang santai di Tiktok bersama-sama editor novel IMAN sendiri.
Sesi siaran langsung yang berlangsung pada 6 Ogos 2024 itu telah mendapat perhatian ramai pengikut IMAN Publication dengan jumlah penonton yang melebihi kebiasaan tontonan siaran langsung di pelantar Tiktok @imanshoppe.official.
Penonton tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan panas kepada penganjur berkenaan syarat penyertaan yang terhad kepada mereka yang berumur 39 tahun ke bawah sahaja?
Selaku editor novel IMAN, Syahira Hozami menjawab,
“Tujuan sayembara tersebut dianjurkan adalah untuk mencari bakat muda yang baharu dan segar. Namun buat mereka yang berusia 39 tahun ke atas pula, mereka masih berpeluang untuk menghantar manuskrip di luar sayembara melalui e-mel editor IMAN.”
Kelebihan sayembara IMAN ini pastinya akan menjanjikan ganjaran hadiah wang tunai dan peluang penerbitan yang ditawarkan oleh rumah penerbitan itu sendiri kepada bakat baharu penulis muda yang sentiasa menantikan ruang dan peluang dalam bidang penulisan kreatif.