Oleh Rosnani Md Zain
7 Ogos 2024, 08:09

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kedah – Bagi meraikan dunia seni puisi dan cerpen, Langkawi Writer’s Festival pada tahun ini sekali lagi menjemput penyair dan penulis yang berminat untuk menghantar karya kepada pihak penganjur untuk diterbitkan sebagai sebuah antologi.

Festival yang ini dianjurkan bertujuan untuk menghargai warisan dan keindahan budaya Malaysia melalui karya sastera daripada penulis baharu dan penulis mapan untuk bersama-sama meraikan sastera tempatan.

Dengan mengetengahkan tema kemasyarakatan, sejarah dan kemanusiaan bagi pertandingan pada kali ini, Langkawi Writer’s Festival turut memfokuskan karya yang menyentuh semangat dan warisan budaya Langkawi.

Berikut merupakan beberapa syarat penyertaan yang telah digariskan oleh pihak penganjur:

  • Puisi dan cerpen hendaklah ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  • Panjang puisi tidak melebihi 25 baris, manakala panjang cerpen tidak melebihi 2500 patah perkataan.
  • Karya hendaklah dihantar dalam bentuk Microsoft Words
  • Karya akan dinilai berdasarkan kreativiti, menepati tema, serta kebolehan pengarang menggambarkan emosi dan budaya.

Penulis yang ingin menghantar karya untuk dimuatkan dalam antologi dan sebarang pertanyaan kepada pihak penganjur boleh e-melkan karya anda melalui [email protected].

Tarikh akhir penghantaran karya adalah pada 20 September 2024.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.