Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangTanjong Malim – Seminar Pemikiran A. Halim Ali yang telah diarahkan oleh Dr. Mohd Amir Mohd Zahari telah berlangsung pada 4 Julai 2024 bertempat di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Seminar anjuran Persatuan Penulis Budiman Malaysia, Koperasi Penulis Budiman Malaysia (KOBUDI) melalui kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Utara (DBPCU) dan Program Pendidikan Kesusasteraan Melayu UPSI telah dihadiri sebanyak 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang Kesusasteraan Melayu.
Seminar Pemikiran A. Halim Ali ini bertujuan untuk membincangkan sumbangan, peranan dan pemikiran Profesor Dr. Abdul Halim Ali dalam bidang Teori, Kritikan, Penulisan Kreatif, Pengurusan dan Pembangunan Sastera Melayu melalui pelbagai perspektif.
Sebanyak 13 orang pembentang turut terlibat dalam pembentangan seminar ini antaranya termasuklah, Ts. Dr. Mohd Saipuddin Suliman, Dr. Haji Abang Patdeli Abang Muhi, Profesor Madya Dr. Ariff Mohamad, Profesor Dr. Azhar Haji Wahid, Profesor Madya Dr. Arba’ie Sujud, Dr. Nordiana Hamzah, Profesor Emeritus Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (pengucap tama), Dr. Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan, Dr. Fathin Noor Ain Ramli dan Dr. Mohd Amir Mohd Zahari (mewakili Profesor Madya Dr. Mana Sikana),
Seminar pada kali ini merupakan perkongsian tradisi keilmuan yang akan meningkatkan kemajuan kesusasteraan Melayu di Malaysia dan merupakan hasil pencambahan idea dalam konteks memberikan kesedaran terhadap peranan tokoh besar dan berpengalaman dalam perkembangan sastera Malaysia.