Diterbitkan pada 1 Julai 2024, 16:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Ahmad Izzuddin Rosli Al Hairi

Tanjong Malim – Pembentangan Kolokium Amalan Wacana dalam Komik Berpandukan Model Fairclough yang melibatkan sebanyak 28 orang pelajar telah berlangsung pada 25 Jun bertempat di Blok 3, Aras 2, Bilik Kuliah 5 di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.

Penganalisian komik ini merupakan tugasan berkumpulan bagi kursus BML3123 Analisis Wacana Bahasa Melayu (Kumpulan D) dalam program AT05 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu) dengan Kepujian.

Pensyarah kursus, Profesor Madya Dr. Anida Sarudin dalam ucapannya turut mengusulkan elemen ini sebagai satu bahan analisis pemikiran kepada murid terhadap bahan komik yang memiliki sumber inti pati ilmu. Kongsinya,

Komik sememangnya sesuai untuk pembelajaran bahasa bukan hanya sebagai hiburan semata-mata. Namun begitu, pembaca perlu memahami pengisian ilmu dalam komik tersebut. Hal ini bertujuan untuk pembaca memahami karakter-karakter dan pengisian serta strategi dan prosedurnya.

Tugasan pada semester ini dilihat sebagai sebagai satu bahan bantu pendidikan yang boleh menyampaikan nasihat, ilmu-ilmu kemanusiaan, nilai-nilai murni dan sebagai pedagogi Bahan Bantu Mengajar (BBM) kepada murid.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi