Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Nurainwahidah Ahmad
Tanjong Malim – Empat buah buku antologi sajak Tinta Setajam Kata, Ilusi Metamorfosis, Ratna Pekaja dan Perempuan Selendang hasil nukilan pelajar Univeristi Pendidikan Sultan Idris bagi kelas yang berbeza telah dilaksanakan oleh kursus BSK 3013 Penulisan kreatif dan deskriptif bagi Pelancaran Buku Antologi Sajak yang berlangsung pada 29 Jun 2024.
Program ini bertujuan untuk meraikan karya pelajar dengan menghimpunkan sajak-sajak yang terbaik daripada pelajar UPSI sebagai ruang dan peluang buat mereka berkarya. Jelas Prof Madya Dr. Ghazali Din selaku penasihat kursus,
Kursus BSK 3013 Penulisan kreatif dan deskriptif ini merupakan cara kita melatih ataupun mencungkil kemahiran yang ada dalam diri pelajar.
Tegasnya, pelajar perlulah mempunyai tabiat yang gemar membaca karya-karya orang lain dan menggunakan ilmu yang diberikan sepanjang kelas berlangsung untuk menjadi penulis muda yang terbaik.
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Amir Mohammad Zahri juga berharap agar program yang dilaksanakan hari ini akan melahirkan penulis muda yang berkualiti pada masa akan datang. Kongsinya,
Menulislah sehingga menjadi satu kepuasan buat diri kita, menulislah sehingga karya kita diterbitkan suatu hari nanti.
Program seperti ini dilihat sebagai batu loncatan buat pelajar untuk terus mencungkil dan mengasah bakat yang ada pada diri mereka dalam bidang penulisan, seterusnya melahirkan lebih ramai lagi penulis muda dalam lapangan penulisan kreatif.