Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Nurainwahidah Binti Ahmad
Tanjung Malim – Program Malam Ceramah Tunas Cipta anjuran kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3103), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung pada 28 Jun 2024 telah dilakukan secara dalam talian melalui aplikasi google meet.
Tujuan utama program ini dilaksanakan untuk memberikan panduan berkenaan kriteria karya yang boleh disiarkan agar karya tersebut tidak sekadar disimpan terkubur mati serta memberikan pendedahan yang lebih mendalam lagi mengenai ruang dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kepada para pelajar.
Terdapat 11 ruang dalam majalah DBP, antaranya termasuklah majalah Dewan Sastera, majalah Dewan Masyarakat, majalah Dewan Bahasa, majalah Dewan Budaya, majalah Dewan Tamadun Islam, majalah Dewan Kosmik, majalah Dewan Ekonomi, Majalah Pelita Bahasa, Majalah Dewan Siswa, majalah Dewan Pelajar dan yang terakhir majalah Tunas Cipta.
“Tunas cipta merupakan pelantar bagi pelajar untuk menerbitkan karya mereka,” ujar Prof Madya Dr. Ghazali selaku penasihat kursus ini.
Menurutnya, karya penulis muda yang tersiar di ruangan Tunas Cipta perlu dihargai dan dibaca oleh pelajar UPSI sebagai rujukan buat mereka yang ingin menghantar karya mereka.
Editor Tunas Cipta, Ahmad Sayuti Mohd Yusob dalam ceramahnya juga berkata membaca karya penulis yang tersiar di bawah Tunas Cipta merupakan satu daripada cara untuk mendapatkan atau menghasilkan idea bagi karya mereka. Jelasnya,
Satu daripada cara untuk kita mengilap bakat kita dalam bidang penulisan iaitu dengan cara menulis dan membaca dengan kerap.
Program Malam Tunas Cipta yang dianjurkan oleh pelajar UPSI ini merupakan satu daripada pelantar untuk penulis muda mula menapak sebagai penulis dan menggalakkan pelajar untuk menulis dalam menghasilkan karya yang berkualiti.