Diterbitkan pada 28 Jun 2024, 12:20

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) dengan Gabungan Penulis-penulis Muda Negeri Kelantan (GEMA) telah membawakan perubahan yang luar biasa dalam pembangunan sastera di negeri Kelantan.

Hal ini terbukti melalui percubaan mereka menggabungkan puisi, bidang Sains dan teknologi sebagai ekspresi penulis dan pendeklamasi melalui sastera telah mendapat sambutan hangat daripada khalayak umum.

Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2024, bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu, tempoh hari.

Hal ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor sewaktu ucapan penutupan Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2024, yang bertempat di Gelanggang Seni, Kota Bharu, tempoh hari.

Presiden Majlis Kebudayaan Negeri Kelantan (MKNK), Datuk Kamarudin berkata,

Biasanya penulis menjadikan puisi sebagai alat untuk melahirkan rasa yang berkaitan dengan emosi, alam dan pelbagai bentuk yang mempunyai nilai yang tinggi. Sains dan teknologi tiada nilai emosi dan seni. Sains dan teknologi bersifat neutral, namun penulis dan pendeklamasi berjaya membawakan perubahan besar dalam mengembangkan Sains dan teknologi melalui puisi.

Tambahnya lagi,

Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil inisiatif untuk menumpukan pembangunan insan dan iman. Insya-Allah kita akan melahirkan generasi Sains dan teknologi yang mempunyai iman yang teguh dengan amalan agama yang akan menjadikan masyarakat kita lebih amanah dan membawa keberkatan.

Majlis anjuran DBPWT dan GEMA melalui kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan itu telah dihadiri kira-kira sebanyak 300 orang penonton.

Pengarah DBPWT, Ariza Che Ismail menyampaikan cenderamata kepada YB Datuk Kamarudin Md Nor.

Turut hadir dalam majlis yang sama, Pengarah DBPWT, Ariza Che Ismail dan Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Fatma Mohd Zain bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi Sayembara Deklamasi Puisi Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Kelantan 2024:

Kategori Terbuka

  • Johan – Muhamad Faris Fiqran Muhamad dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM600, piala dan sijil.
  • Naib johan – Nik Fateeha Syuhada Imran dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM450, piala dan sijil.
  • Tempat ketiga – Mashanis Mohamed dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM300, piala dan sijil.

Kategori Sekolah Menengah

  • Johan – Naeema Natasya Puteri Mohd Ghazali dari SMK Pengkalan Chepa yang menerima RM400, piala dan sijil.
  • Naib johan – Sharifah Muzfirah Syed Akmal dari SMKA Naim Lilbanat, Kota Baharu dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM300, piala dan sijil.
  • Tempat ketiga –Nurin Fatma Elzahraa Rosmi dari SMK Panggung Jaya, Gua Musang dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200, piala dan sijil.

Kategori Sekolah Rendah

  • Johan – Nurul Aimy Insyirah Muhamad dari SK Datu Hashim, Kota Baharu dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM250, sijil dan piala.
  • Naib johan – Muhamad Elman Amzar Edy Azlan dari SK Sultan Ismail satu dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM200, sijil dan piala.
  • Tempat ketiga – Sufi Aishah Azwadi dari SK Islah, Kota Bharu dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM150, sijil dan piala.

Hadiah Khas Juri Awam

  • Cikgu Lau Lina Lian (Terbuka) dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 dan sijil bagi setiap kategori.
  • Naeema Natasya Puteri Mohd Ghazali (Sekolah Menengah) dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 dan sijil bagi setiap kategori.
  • Vylove Khoo Wern Ai (Sekolah Rendah) dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 dan sijil bagi setiap kategori.

Kehadiran penyanyi rakyat Kelantan, Den Manjo yang popular dengan lagu Bae Soba Bae turut memeriahkan lagi sesi pentas akhir sayembara ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi