Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Wan Nor Azlina Abdullah
Tanjong Malim – AI (artificial intelligence) merupakan teknologi kecerdasan buatan yang begitu popular seiring dengan arus perkembangan teknologi yang begitu pesat pada masa ini.
Penerapan AI merupakan satu daripada pelantar yang paling bernas dan efektif dalam menyampaikan pembentangan dengan cara yang paling berkesan melalui medium media kepada khalayak.
Penerapan AI dalam Pengajaran Bahasa Melayu merupakan pembentangan kolokium berkaitan AI dalam dunia pendidikan yang berlangsung pada 26 Jun 2024 bertempat di Bilik Kuliah (Blok 6), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak.
Penerapan AI dalam pengajaran bahasa Melayu yang melibatkan sebanyak 43 orang pelajar pengkhususan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian merupakan satu daripada elemen yang perlu ada dalam tugasan kumpulan bagi Subjek Analisis Wacana Bahasa Melayu (BML3123).
Pensyarah kursus, Profesor Madya Dr. Anida Sarudin melihat hal ini sebagai satu daripada usaha yang sangat positif daripada pelajar kerana dapat menyahut cabaran sebagai guru bahasa Melayu yang bersedia dengan aras ilmu yang tinggi di samping tidak mengesampingkan penerapan teknologi. Jelasnya,
Saya begitu bangga dengan pencapaian semua kerana penerapan AI dalam pengajaran bukanlah sesuatu yang mudah, namun anda telah berjaya menerapkannya. Penerapan AI perlu menjadi pedagogi bahan bantu mengajar yang interaktif di sekolah bagi menarik minat murid. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, kita bukan sahaja perlu pakar dalam bidang bahasa tetapi juga perlu pakar dalam bidang teknologi.
Penerapan AI dalam sesuatu tugasan melibatkan media komik perlu diintegrasikan untuk mengangkat semula elemen maklumat di dalamnya sebagai media pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Diharapkan semua pelajar yang bakal menjadi pendidik suatu hari nanti dapat menerapkan elemen AI dan komik sebagai wahana inovasi dalam pendidikan.