8 Jun 2024, 16:48

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur –  Pementasan Rentak Pertujuh: Along telah dipentaskan di Sudut Karyawan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semalam.

Karya arahan Rashid Shikh Abdullah dan penulis skrip, Azrie Izham Hamzah menjelaskan karya ini diadaptasi daripada skrip teater “Along”.

Rashid menjelaskan teater ini telah dirombak mengikut tema yang ditetapkan dalam mengisi ruang penganjuran Teater Malam Minggu (TMM).

“TMM semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat teater dan masyarakat, lantas kami berfikir harus mengisi ruang ini.”

Beliau juga mengakui konsep TMM agak mencabar kerana produksi perlu menyesuaikan jalan cerita dengan tema yang ditetapkan selain menggunakan kreativiti dalam penggunaan ruang dan masa.

Dengan mengangkat tema peribahasa Melayu sebagai tajuk pementasan, “Rentak Pertujuh: Along” lakonan Najua P.Ramlee dipentaskan pada 7 dan 8 Jun 2024, pukul 9.00 malam mengisi Siri 2/2024 kali ini.

Terdahulu, dalam Siri1/2024, TMM mempersembahkan Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali arahan K’Ma Abdullah dan skrip oleh Roziah Adama.

Sebagai catatan, Siri TMM merupakan program pementasan teater secara minimalis yang dianjurkan oleh DBP dan dilaksanakan sejak tahun 2023 dengan mengangkat tema peribahasa Melayu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.