1 Jun 2024, 15:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuantan – Sebanyak sembilan buah karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memenangi beberapa kategori Hadiah Sastera Darul Makmur (HSDM) kali ke-2 yang diadakan di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan pada 31 Mei, yang lalu.

HSDM bagi kali ini telah membuktikan bahawa karya terbitan DBP dilihat terus relevan dan berkualiti untuk perkembangan sastera negara, sekali gus membentuk generasi penulis yang sentiasa memartabatkan sastera di Malaysia.

Antara karya terbitan DBP yang memenangi Anugerah Karya Sastera HSDM adalah seperti berikut:

Kategori Novel Umum

  • Gadis Tasik karya Rahman Haji Yusof (2016)
  • Zea Mays karya Mohd Fudzail Mohd Nor (2016)

Kategori Cerpen Eceran

  • Rumah di Sempadan Hutan karya Abdullah Hussaini Ghazali (Tunas Cipta Bil.12/2020)
  • Pinggan Jangan Retak karya Zalina Samsudin (Dewan Siswa Bil.8/2018)
  • Selipar-selipar di Surau karya Khafizan Bahar (Dewan Tamadun Islam Disember 2016)

Kategori Puisi Eceran

  • “Polos Bolos” karya Aminudin Mansor @ Ami Masra (Dewan Sastera Bil.1/2020)
  • “Negeri Nan Elok” karya Roslan Madun (Dewan Sastera Bil.7/2019)
  • “Rebung” karya Zalina Samsudin (Dewan Sastera Disember 2018)
  • “Malam Ini Kulamar Bulan” karya Abd Rahman Janai (Dewan Sastera April 2018)

Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur padah tahun ini menaja sepenuhnya HSDM yang dianjurkan dua tahun sekali bertujuan untuk memberikan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan negeri terhadap sumbangan para sasterawan, penulis, pengarang anak negeri dan penduduk negeri Pahang yang telah menghasilkan karya bermutu tinggi.

Penganjuran HSDM ini diharapakan dapat memberikan galakan dan dorongan kepada semua penulis negeri Pahang untuk terus berkarya dan menghasilkan karya yang boleh membuka minda serta meningkatkan ilmu masyarakat yang menikmatinya.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.