Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangOleh: Mirza Sharkawi
Sarawak – Inisiatif Kementeriaan Pendidikan Malayasia (KPM) untuk mewujudkan Bengkel Penulisan Karya Futuristik wajar diangkat dan diketengahkan secara meluas kepada segenap lapisan masyarakat seiring dengan arus pemodenan yang pesat, bukan sahaja dalam bidang Sains dan teknologi, malahan bidang sastera.
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP), KPM melalui kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Berasrama Penuh telah menganjurkan Bengkel Penulisan Karya Futuristik SBP KPM Siri 5, Zon Sarawak pada 17 hingga 19 Mei 2024 bertempat di Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Kuching, Sarawak.
Bengkel sulung yang disertai sebanyak 110 orang perserta ini dilihat banyak memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada murid Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai satu suntikan motivasi untuk membentuk mereka menjadi seorang pemimpin yang berdaya kreatif dan mempunyai pemikiran futuristik.

Penulisan karya cerpen dan puisi yang bersifat futuristik ini bukan sahaja mendedahkan pelajar dengan ilmu penulisan bersifat pratikal, tetapi juga membuka mata mereka tentang dunia penulisan kreatif dan bagaimanakah caranya untuk mereka mencari ruang dan peluang buat mereka menerbitkan karya di bawah Tunas Cipta?
Dalam program yang sama, Bengkel Penulisan Karya Futuristik zon Sarawak turut membawakan editor Tunas Cipta, Encik Ahmad Sayuti Mohd Yusob dalam Sesi Bersama-sama Editor sebagai pendedahan buat mereka yang mahu berjinak-jinak dalam bidang sastera tempatan.

Bengkel yang disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Puan Nurul Aleena Ruman Abdullah ini turut melibatkan beberapa buah sekolah sekitar Sarawak, antaranya termasuklah, Sekolah Menengah Sains Kuching Utara (SAKURA), Sekolah Menengah Sains Kuching (SAINSKU) dan Sekolah Menengah Sains Miri (SAINSRI)