10 Mei 2024, 15:06

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Asyraf Bismi

Kelantan – Bagi meraikan Sayembara Penulisan Cerpen Kemanusiaan Peringkat Wilayah Timur, Perpustakaan Politeknik, Jeli Kelantan telah menganjurkan Bengkel Penulisan Cerpen Kemanusiaan yang telah berlangsung pada 10 Mei 2024, tempoh hari.

Pengisian bengkel yang berlangsung secara dalam talian selama tiga jam ini turut dihadiri sebanyak 20 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Politeknik Jeli dalam jurusan Agroteknologi dan Akuakultur berserta dua orang pensyarah.

Bengkel Penulisan Cerpen Kemanusiaan yang berlangsung secara dalam talian selama tiga jam ini turut dihadiri sebanyak 20 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa Politeknik Jeli dalam jurusan Agroteknologi dan Akuakultur

Selaku penceramah bebas, Dr. Rosnani Md Zain turut memberikan pendedahan kepada peserta mengenai teknik penulisan cerpen yang baik, definisi cerpen, pemilihan tema, pembinaan watak, plot dan teknik penceritaan yang dilihat amat penting buat penulis pemula yang kebanyakan daripada mereka datang daripada latar belakang yang bukan dalam bidang bahasa dan sastera.

Sayembara Penulisan Cerpen Kemanusiaan Peringkat Wilayah Timur anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sempena dengan Ulang Tahun ke-25 DBP Wilayah Timur.

Penganjuran Bengkel Penulisan Cerpen Kemanusiaan ini merupakan satu daripada inisiatif yang diambil oleh Ketua Unit Perpustakaan Politeknik Jeli, Kelantan iaitu Puan Normawati Md Zain bagi memupuk rasa cinta para pelajar dalam bidang penulisan kreatif.

Dalam pada itu, Sayembara Penulisan Cerpen Kemanusiaan Peringkat Wilayah Timur anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) merupakan rentetan daripada bengkel yang berlangsung pada 10 Mei yang lalu.

Syarat penyertaan sayembara boleh diimbas melalui kod QR seperti yang telah disediakan dalam poster sayembara.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.