3 Mei 2024, 12:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Seremban – Bicara Santai Penerbitan bertajuk “Bijak Bahasa Penggunaan Ayat dalam Penulisan” yang bersiaran langsung menerusi Facebook Penerbit USIM pada 19 Mac 2024 telah menampilkan Munsyi Dewan Bahasa, Puan Noorzaidah Mohamed Noor bagi membincangkan penggunaan bahasa dan retorik dalam penulisan.

Menurut Puan Noorzaidah Mohamed Noor, terdapat tiga tujuan penulisan antaranya termasuklah, penulisan bersifat sejagat, prosedur pemahaman dan proses pembelajaran.

Penulisan bersifat sejagat merupakan sifat umum penulisan yang membicarakan perkara yang berlaku secara umum. Manakala, prosedur pemahaman merupakan teknik menyampaikan mesej penulisan dengan lebih tepat kepada pembaca dan akhir sekali, proses pembelajaran dalam penulisan berkaitan dengan kemahiran pembelajaran formal.

Tegas Noorzaidah, penggunaan bahasa yang baik dan tatabahasa yang betul dalam penulisan dapat menyampaikan idea tentang sesuatu isu, menyampaikan pemikiran sistematik dan pemilihan kata yang tepat. Jelasnya lagi,

Jenis-jenis retorik terdiri daripada retorik pemerian, retorik pemujukan, retorik penerangan, retorik penceritaan, retorik penerangan, retorik penceritaan, retorik pendedahan dan retorik penghujahan.

Bicara Santai Penerbitan “Bijak Bahasa Penggunaan Ayat dalam Penulisan” turut menekankan bahawa penulisan merupakan satu daripada cabang komunikasi yang menyampaikan maklumat menerusi media cetak dan media elektronik. Kefahaman pembaca menerusi penggunaan bahasa dan tatabahasa yang betul mampu menghubungkan penulis dan pembaca dengan mudah.

Secara keseluruhannya, Puan Noorzaidah Mohamed Noor menegaskan bahawa semua penulis perlu memelihara penggunaan bahasa dan tatabahasa dengan betul, selain menggunakan teknik penulisan dan retorik yang tepat dalam penulisan ilmiah dan penulisan kreatif. Hasilnya penggunaan bahasa yang baik dan retorik yang berkesan dapat menghasilkan karya penulisan yang bermutu tinggi.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.