23 April 2024, 17:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Bagi mewujudkan peluang yang saksama untuk wanita dalam dunia pembukuan, The Women’s Prize Trust telah mengumumkan beberapa nama yang bakal merangkul anugerah di bawah kategori karya fiksyen dalam bahasa Inggeris yang ditulis oleh penulis wanita di serata dunia.

Pada tahun ini, enam buah novel yang di senarai pendek oleh pihak juri lebih memfokuskan latar dan citra hubungan kekeluargaan yang intim sebagai tema dan isu utama dalam karya novel mereka.

Gaya penceritaan yang digarap seperti membaca susu alur persejarahan memberikan sebuah nafas baharu dalam garapan penulisan mereka yang semestinya diambil dari sisi peribadi seorang wanita dalam menjalani liku kehidupan.

Enam buah novel yang diangkat dalam The Women’s Prize Trust, kategori karya fiksyen pada tahun ini antaranya termasuklah, The Wren (Anne Enright), Brotheless Night (V.V Ganeshananthan), Restless Dolly Maunder (Kate Grenville), Enter Ghost (Isabella Hammad), Soldier Sailor (Claire Kilroy) dan River East, River West (Aube Rey Lescure).

Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak $30 000, berserta piala perak yang lebih dikenali sebagai “Bessie.”

Terdahulu, Barbara Kingsolver dengan karyanya Demon Copperhead telah diangkat sebagai pemenang bagi The Women’s Prize for Fiction.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.