Diterbitkan pada 13 Mac 2024, 16:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Oleh: Abdullah Azan Kadir

KuchingKursus Rakaman, Pendokumentasian Gambar dan Video yang menumpukan perhatian khusus terhadap peningkatan kemahiran dan pengetahuan karyawan DBP telah disampaikan oleh jurufoto profesional Star Media Group, Encik Encik Zulazhar Sheblee.

Beliau juga berpengalaman luas selama 30 tahun dalam bidang fotografi.

Pendedahan teori dan praktikal berkaitan tentang teknik merakam gambar dan video menggunakan telefon bimbit merupakan antara pengisian menarik yang memberikan banyak manfaat dan kaedah baharu.

Peserta kursus sedang menjalankan latihan amali secara berkumpulan.

Selain itu, beliau turut memberikan tugasan merakamkan gambar berdasarkan teknik tertentu, antaranya termasuklah penggunaan sudut yang tepat, pemilihan teknik pencahayaan yang baik dan latar yang sesuai berdasarkan objek yang ingin dirakam.

Pada akhir kursus, para peserta turut diberikan peluang untuk membuat pembentangan hasil rakaman video menggunakan teknik rakaman dan suntingan yang telah dikongsikan sepanjang kursus yang berlangsung selama dua hari.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi