29 Februari 2024, 15:35

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Melaka – Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam menyebarluaskan karya dan kandungan berkualiti dilihat sebagai peluang yang cerah buat penulis pemula, terutamanya penulis muda yang menulis dalam bahasa Melayu.

Hal ini selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang menekankan penguasaan bahasa Melayu sebagai langkah ke arah perpaduan rakyat yang lebih kukuh dan harmoni.

Titah tersebut juga dilihat sebagai ruang buat DBP memainkan peranan sebagai badan yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Selaras dengan hasrat itu, laman JendelaDBP yang telah beroperasi sejak tahun 2021 membuka ruang dan peluang buat para penulis pemula mengembangkan bakat penulisan dalam bahasa Melayu.

Ketua Editor Bahagian Majalah, Dr. Rosmani Omar mengatakan bahawa penghantaran karya penulis melalui karya bercetak mahupun digital (Jendela DBP) dipilih dan disesuaikan dengan isu semasa yang berbangkit. Tambahnya,

“Jika bukan DBP yang memberikan ruang dan peluang kepada penulis, siapakah lagi yang bakal mengangkat karya tempatan? Inilah perjuangan DBP sebagai sebuah badan yang mengangkat martabat bahasa dan sastera tempatan.

Penulis harus melihat karya-karya sebagai perbandingan untuk meningkatkan aspek pengkaryaan. Buat penulis mapan, mereka akan menjadi inspirasi buat penulis muda, manakala, buat penulis muda, mereka bakal pelapis sastera negara.

Beliau mengatakan hal tersebut dalam program Jejak Pulau Besar: Dialog Bersama-sama Editor anjuran Dewan Bahasa Wilayah Selatan melalui kerjasama Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA) yang melibatkan 30 orang perserta daripada PENAMA yang berlangsung di MD Resort Sepiring, Melaka, semalam.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.