Diterbitkan pada 20 Februari 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Kuching – “Kelemahan dalam menyampaikan maklumat akan menyebabkan sesuatu maklumat itu tidak sampai, malah akan disalah tafsir oleh penerima.”

Kata Munsyi Dewan (Sastera) dari DBP Cawangan Sarawak, Mohamad Faizal Jamil, dalam Program Pensyarah Pelawat Industri: Seni Pengucapan Awam bertempat di UIDM, Sarawak.

Tambah beliau, kemahiran menyampaikan maklumat perlu dipelajari dan bukan diwarisi. Atas keperluan inilah program sebegini diadakan bagi mendedahkan dan membina serta mengasah kemahiran pelajar dalam pengucapan awam.

Program yang dihadiri oleh sebanyak 40 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dari pelbagai fakulti ini diisi dengan bimbingan serta teknik mengacara sesebuah majlis dan penyampaian pidato yang berkesan.

Melalui program bimbingan seni pengucapan awam ini, pihak DBP telah memainkan peranan penting, khususnya kepada para peserta untuk mengendalikan dan mempertingkatkan kemahiran mereka dalam bidang pengacaraan majlis dan pidato.

Dengan adanya kemahiran ini, mereka akan semakin bertambah yakin dan berani mendepani khalayak ataupun masyarakat.

 

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi