7 Februari 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjong Malim – Pembentangan Kolokium Gamifikasi dalam Pembelajaran Simpulan Bahasa telah berlangsung pada 30 Januari bertempat di Dewan Kuliah H (DKH), Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Penghasilan gamifikasi ini merupakan tugasan berkumpulan bagi subjek Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu (BML3083) yang melibatkan pelajar daripada pengkhususan  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP), Bahasa Melayu dengan Kepujian.

Para mahasiswa bersama-sama pensyarah kursus BML3083, Profesor Madya Dr Anida Sarudin (empat dari kanan) yang juga sedang memegang manual penggunaan gamifikasi “Cilik Makna”.

Pensyarah kursus, Profesor Madya Dr Anida Sarudin turut meluahkan rasa terharu dan kagum beliau terhadap penghasilan gamifikasi yang dibentangkan oleh pelajar. Kongsi beliau,

Saya kira usaha untuk menghasilkan gamifikasi ini sangat baik. Hasilnya wajar diperluaskan lagi dalam pelbagai pelantar yang ada. Sebaiknya, gamifikasi bagi setiap kumpulan ini dipatenkan sebagai hak cipta mereka sendiri.

Tugasan kali ini dilihat memberikan peluang kepada pelajar UPSI dalam menggabungkan pembelajaran dan teknologi secara kreatif dan inovatif sebagai daya penarik bagi sesi PdP yang bakal digunakan oleh bakal pendidik sebagai bahan belajar dalam kelas.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.