Oleh Nurain Yahaya
29 Januari 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Program Pameran Benih Harapan dan Tindakan (Seeds of Hope and Action: SOHA) melalui kerjasama Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama-sama Persatuan Sokka Gakai Malaysia telah diadakan pada 19 hingga 21 Januari bertempat di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak.

Pameran ini diadakan bertujuan untuk memberikan kesedaran berkenaan matlamat pembangunan mampan (SDGs) yang ingin direalisasikan bagi menangani cabaran global seperti kemiskinan, ketidaksamaan, perubahan iklim, kemerosotan alam sekitar, keamanan dan keadilan menjelang tahun 2030.

Warga UPSI dan Persatuan Sokka Gakai Malaysia dalam perasmian Program Pameran Benih Harapan dan Tindakan.

Melalui pameran ini, warga UPSI dapat menambah ilmu pengetahuan mereka berkenaan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan matlamat tersebut tercapai.

Secara tidak langsung, pameran ini juga dapat membina kesedaran masyarakat berkenaan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang dijelaskan oleh narator dalam tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin semasa program berlangsung.

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Fakulti Sains Kemanusiaan, YBrs.Dr. Abu Zarrin Selamat; Ketua Pentadbir Persatuan Sokka Gakai Malaysia, Encik Looi Chee Choong; Ketua Jabatan Pengajian Malaysia, YBrs. Dr. Kalsum Umar dan Pengarah Pusat Komuniti Transformasi Universiti, YBrs. Profesor Madya Dr. Azlan Shah Nafiah sebagai perasmi bagi Program Pameran Benih Harapan dan Tindakan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.