29 Januari 2024, 14:46

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Usaha mahasiswa UPSI untuk terus berkarya dan konsisten menulis dibuktikan melalui penerbitan buku Kumpulan Puisi Sirna Gulita Malam.

Buku ini menyajikan sebanyak 144 buah sajak yang turut menyentuh beberapa elemen utama dalam kehidupan manusia, antaranya termasuklah, elemen kekeluargaan, kemanusiaan, cinta dan kehidupan yang bersifat peribadi dengan sentuhan emosi, pengalaman dan kefahaman mereka berkenaan kesusasteraan Melayu.

Persembahan seruling Ku Pendam Sebuah Duka oleh Mohd Shahrul berserta nyanyian dan deklamasi sajak oleh pensyarah, Dr. Ghazali Din.

Menerusi program Malam Ekspresi Tunas Kreatif, kumpulan sajak hasil usaha mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini diberikan penghargaan sebagai tanda usaha mereka dalam memartabatkan kesusasteraan.

Program ini turut dirasmikan oleh Pengarah Pusat Ulu Albab, Universiti Pendidikan Sultan Idris merangkap Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN), Prof. Dr. Abdul Halim Ali.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.