26 Januari 2024, 11:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Mahasiswa perlu bijak memanfaatkan teknologi masa kini seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) agar boleh mengaplikasikannya dalam sistem pembelajaran. Dengan adanya penggunaan teknologi, maka objektif pembelajaran dan pengajaran akan segera dapat dicapai.

Hal ini dinyatakan oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Suriani Abu Bakar ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Karnival ISMP 2024 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Darul Ridzuan.

Inovasi papan pengembaraan Si Katak untuk kanak-kanak hasil daripada peserta.

Tambah beliau lagi, Karnival ISMP 2024 yang dianjurkan Fakulti Pembangunan Manusia menyeru mahasiswa agar dapat memupuk kualiti dalam diri seorang guru. Jelasnya,

Pelajar harus memiliki genetik guru dan roh dalam diri. Sebagai seorang guru yang berkualiti, mereka harus memiliki kekuatan intelek dan boleh menjadi suri teladan kepada pelajar. Guru juga mesti mengoptimumkan kebolehan pelajar di sekolah, berubah mengikut peredaran masa selain memanfaatkan ilmu dan inovasi masa kini.

Karnival ISMP 2024 ini yang dihadiri sebanyak 213 orang peserta daripada pelbagai bidang dan latar pengalaman yang berbeza ini berjaya mempamerkan pelbagai inovasi dalam pelbagai bidang pendidikan bermula daripada peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Inovasi yang dihasilkan merangkumi bahan maujud dan kit media interaktif.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.