25 Januari 2024, 10:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Majlis Pertemuan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia bersama-sama Sasterawan Negara (SN) Malaysia telah berlangsung pada 18 Januari lepas bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Majlis yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Tuan Mohd Noor Amin Ahmad, turut dihadiri oleh tujuh Sasterawan Negara (SN) yang lain, antaranya termasuklah, SN Dato’ Seri (Dr.) A. Samad Said, SN Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh, SN Dato’ Dr. Anwar Ridhwan, SN Dato’ Baharuddin Zainal, SN Datuk Dr. Zurinah Hassan, SN Profesor Datuk Dr. Siti Zainon Ismail dan SN Datuk Rahman Shaari.

Secara umumnya, terdapat empat inisiatif yang dikemukakan berdasarkan pandangan dan buah fikiran daripada tujuh orang SN pada kali ini. Pandangan ini dibentangkan sebagai usaha bagi merakyatkan sastera menerusi penterjemahan.

Majlis Pertemuan ITBM bersama-sama Sasterawan Negara.

Inisiatif yang dikemukakan dalam pertemuan yang julung-julung kali diadakan ini antaranya termasuklah, ingin menjadikan penterjemahan dan penerbitan karya Sasterawan Negara ke bahasa utama dunia, melakukan penterjemahan karya agung dunia popular dalam Bahasa Melayu, menubuhkan pusat pendidikan antarabangsa karya Sasterawan Negara dalam terjemahan ke pelbagai bahasa dunia dan menjadikan terjemahan sastera sebagai kegiatan popular di peringkat akar umbi.

Hasil susulan empat inisiatif idea merakyatkan sastera menerusi penterjemahan yang dibentangkan oleh ITBM ini, kemudiannya akan dibentangkan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan pandangan dan kelulusan beliau dalam melaksanakan idea merakyatkan sastera menerusi penterjemahan.

 

(Kredit Foto: Laman Facebook ITBM).

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.