22 Januari 2024, 17:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Perak – Program Tautan Kasih Bersama-sama Komuniti anjuran SULAM bertempat di Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), program Pendidikan Awal Kanak-kanak.

Pelbagai aktiviti sukaneka turut disediakan oleh pelajar daripada program Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI sepanjang program amal ini berlangsung. Antaranya termasuklah, aktiviti boling padang, Hola Hoop, mencari manisan dalam tepung dan mengisi air ke dalam botol.

Persembahan nasyid daripada anak-anak Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah.

Program yang dirasmikan oleh pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI, Profesor Madya Dr. Abdul Halim Masnan ini turut dihadiri oleh Pengurus Pusat Jagaan Anak Yatim dan Asnaf Zakat Baitul Mahabbah, Encik Ismail Abdul Halim. Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar mahasiswa UPSI akan terus cemerlang dan berjaya pada masa akan datang sama ada sebagai seorang guru atau sebagai individu yang mampu menyantuni orang lain.

Pengarah Program Tautan Kasih Bersama-sama Komuniti, Nur Najwa Baharudin meluahkan hasrat agar program seperti ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan mahasiswa bersama-sama komuniti setempat dan beliau berharap agar mahasiswa yang lebih peka terhadap masyarakat sekeliling dapat dilahirkan sesuai dengan matlamat sebenar program SULAM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.