19 Januari 2024, 18:38

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung MalimProgram Bicara Ilmu bersama-sama Tokoh Bahasa dan Sastera Melayu siri pertama bertempat di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada 17 Januari lepas. Program ini merupakan anjuran Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), UPSI.

Bertepatan dengan tema “Menelusuri Leluhur dan Kearifan Bahasa Melayu”, program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pengetahuan, kepakaran, pengalaman serta pemikiran tokoh berkaitan dengan tatabahasa bahasa Melayu dan kesusasteraan Melayu dalam dunia pendidikan Malaysia.

Warga UPSI yang turut hadir memeriahkan program.

Program yang dihadiri oleh tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim sebagai penceramah jemputan dan pensyarah UPSI, Dr Noor Zuhidayah Muhd Zulkipli telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Profesor Madya Dr Mazura @ Mastura Muhammad.

Para peserta program kelihatan ceria sepanjang program berlangsung.

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim turut berkongsi,

Bahasa bukan sahaja digunakan untuk menyampaikan mesej, tetapi juga digunakan untuk menyampaikan buah fikiran yang indah dan maksud tersirat. Bahasa hendaklah baik. Baik bererti tidak melanggar peraturan, betul imbuhan ayat, pembinaan ayat dan sebagainya.

Pelaksanaan program pada kali ini banyak memberikan manfaat bukan sahaja kepada pelajar, malahan kepada pensyarah sendiri. Turut hadir dalam program tersebut ialah pensyarah, staf jabatan dan pelajar daripada jurusan Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, UPSI.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.