28 Disember 2023, 11:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – “Pentas ini merupakan pentas kita dan karya yang dipersembahkan ialah hasil karya kreativiti kita. Seni merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan dan tiada perkara yang lahir tanpa kesenian”, ujar Pengarah Pusat Kebudayaan UPSI, YBrs. Dr. Norzuraina Mohd Nor ketika menyampaikan Ucapan Perasmian bersempena dengan Showcase Kalam Adalah Terapi Aku (K.A.T.A), di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 28 Disember.

Tambah YBrs. Dr. Norzuraina Mohd Nor, “showcase” ini dianjurkan sebagai medan penyatuan seni dan kebudayaan yang menjadi pelantar buat generasi muda menonjolkan bakat.

Barisan penyajak, penyanyi, penari dan pemuzik bergambar bersama-sama dengan para tetamu dan pegawai Pusat Kebudayaan UPSI.

Hiburan berunsurkan kerohanian yang julung-julung kalinya diadakan oleh Pusat Kebudayaan UPSI ini dilihat mendapat sambutan hangat apabila sebanyak 900 orang penonton hadir memeriahkan program.

Antara persembahan dalam program tersebut ialah persembahan syair, puisi, gamelan, kombo muzik, nyanyian duet, teater, nasyid, vokal berkumpulan dan tarian.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.