Diterbitkan pada 21 Disember 2023, 17:34

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Tanjung Malim – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan Program wacana penulisan Sembang Karya Bersama-sama Editor Tunas Cipta DBP bertempat di Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada pada 20 Disember 2023.

Program ini merupakan satu daripada inisiatif Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI sebagai ruang dan peluang buat pelajar meneroka kepelbagaian genre penulisan kreatif dan bukan kreatif seperti cerpen, makalah, dan puisi.

Mahasiswa UPSI yang terlibat dalam program tersebut.

Sebanyak 296 orang pelajar yang hadir dalam program ini telah diberikan bimbingan dalam konteks penulisan .

Dalam pada itu, penasihat Kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3013), YBrs. Profesor Madya Dr. Ghazali Din turut menzahirkan kegembiraan dan ribuan terima kasih atas sambutan dan karya yang dihasilkan oleh pelajar. Kongsinya,

Kumpulan mahasiswi UPSI aktif menghasilkan puisi bertemakan cinta/kekasih, kopi, sepi/kematian, bahasa dan doa dalam wacana penulisan.

Banyak saya belajar bersama-sama dengan anda. Saya sangat gembira apabila program seperti ini mendapat sambutan dan ada beberapa karya daripada pelajar mendapat maklum balas yang baik daripada sidang editor. Ini merupakan satu peluang buat anda mengasah bakat dan kebolehan menulis. Menulis memerlukan proses yang panjang. Tetapi jika anda rajin, anda akan menjadi penulis yang baik.

Program yang dihadiri oleh editor Majalah Tunas Cipta, Encik Ahmad Sayuti Mohd Yusob, dan Puan Nurarifah Fatema Khairulsani ini telah dirasmikan oleh Profesor Madya Dr. Ghazali Din selaku Penasihat Kursus Penulisan Kreatif dan Deskriptif (BSK3013).

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi