Diterbitkan pada 5 November 2023, 21:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Jurufoto: Khairul Azhar

Bangi – Universiti  Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) muncul juara Pertandingan Berbalas Pantun Undang-undang yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kemenangan itu membolehkan pasukan pemantun dari UIAM membawa pulang piala pusingan dan wang tunai manakala naib johan disandang oleh pasukan Universiti Teknologi MARA Shah Alam.

Puan Karen Cheah Yee Lynn.

Sebanyak 12 pasukan pelajar prasiswazah undang-undang dari pelbagai institusi pendidikan tinggi menyertai pertandingan ini yang julung kali diadakan bermula dari 4 November hingga 5 November 2023 anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Undang-undang UKM dengan kerjasama Majlis Peguam Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Majlis penutupan Pertandingan Berbalas Pantun Undang-undang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Badan Peguam Malaysia, Puan Karen Cheah Yee Lynn.

Turut hadir dalam majlis tersebut termasuklah Dekan Fakulti Undang-undang UKM, Prof. Madya Dr. Jady@Zaidi Hassim, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, DBP merangkap ketua juri, Dr. Syaidul Azam Kamaruddin, dan Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu Majlis Peguam Malaysia, Tuan Haji Salehuddin Harun. Program ini memberikan pendedahan kepada pelajar tentang keindahan, kehalusan dan keunikan pantun agar mereka berbangga dengan bahasa dan persuratan Melayu dan mewarisi tinggalan budaya ini supaya tidak pupus dek arus kemodenan dunia.

Pasukan pemantun UIAM juara Pertandingan Berbalas Pantun Undang-undang.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi