2 November 2023, 18:19

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Jurufoto: Norfazrie Isquandy Nurol

Gedong – Program Semarak Bahasa yang diadakan bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak pada 28 Oktober 2023 yang lalu meriah dengan kehadiran pelbagai aktiviti kebahasaan yang berlangsung antaranya termasuklah Bimbingan Penulisan Sajak, Mencipta Lagu Puisi dan Pertandingan Teka Silang Kata yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Gedong bagi peringkat sekolah menengah, manakala Pertandingan Pantas Jawi, Pertandingan Bercerita Tokoh Pejuang Bahasa dan Pertandingan Mewarna telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Abang Kadir bagi peringkat sekolah rendah.

Semarak Bahasa merupakan inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sekaligus memperkukuh penggunaannya dalam pelbagai urusan serta sebagai medium menggerakkan pelbagai aktiviti kebahasaan dan kesusasteraan tanah air.

Rakaman gambar kenang-kenangan warga sekolah bersama-sama tetamu kehormat yang hadir.

Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Encik Hasbi Ancheh dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa, komitmen seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Simunjan dan sekolah di Bahagian Samarahan dalam program seumpama ini tidak berbelah-bahagi bagi bersama-sama menjayakan program ini.

Kerjasama yang erat antara PPD Simunjan dan Dewan Bahasa dan Pustaka diharapkan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai usaha untuk menanamkan kecintaan terhadap bahasa kebangsaan.

Gelagat salah seorang peserta Pertandingan Mewarna yang turut hadir memeriahkan Program Semarak Bahasa.

Turut hadir dalam Majlis Penyampaian Hadiah bagi Program Semarak Bahasa ialah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, YBrs. Dr. Hazami Jahari; Pegawai Pendidikan Daerah Simunjan, Encik Hasbi Ancheh; Guru Besar Sekolah Abang Kadir, Encik Jemali Len dan Timbalan Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abdul Rasid Haji Subet.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.