Oleh Adilah Zulkiffli
27 Oktober 2023, 11:47

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Secebis kain itu,

kuingin bertanya kepada si empunya

apakah kautahu makna sebenar di sebaliknya?

besar dan agung

dihiasi oleh bidadari dunia yang kuat menempuh dunia.

 

Sayangnya,

secebis kain itu hanyalah secebis kain

sang pemakai semakin tidak memahami

dikata tidak mahu dilihat

apatah lagi untuk dikenali

tetapi tersebarnya di alam maya

tanpa sempadan

dijamah ramai ratusan manusia.

 

Sang kumbang juga tidak terkecuali

terus membayangi keindahan di sebalik kain

lirikan pandangan menggugat jiwa

bersulam percikan keindahan yang palsu.

 

Hai bidadari dunia,

jika benar engkau pemakai sebenar secebis kain itu

hiasilah kecantikan akhlak seiring dengan pakaianmu

serta menjaga tutur kata agar tidak mudah dihinggapi sang kumbang.

 

Hai mawar dunia,

kumohon padamu

usah kau terus menjadi fitnah dunia

kerana sesungguhnya dunia ini juga sudah tenat

tenat yang dipenuhi dengan kepalsuan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

Yang Berkaitan

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.